is it not the time for the believers, to subject their heart to the remembrance of Allah? al-hadiid:16

Saturday, July 12, 2014

cerpen I - dia

Aku memandangnya tetapi dia tidak menyedarinya langsung.

Zaujahku.

Nampak terburu-buru dia mengemas buku-buku Majmu Ar-Rasail, munthalaq dan Al-Qur'an lalu dimasukkan ke dalam beg usrahnya.

Makanan di dapur sudah sebahagiannya dimasukkan ke dalam tupperware, pelembut hati dan penambat perut adik-adik kesayangannya.

Dia baru pulang dari hospital jam 5.30 petang tadi, langsung memasak lalu bersiap-siap keluar lagi.

"Sayang," panggilku.

Dia menoleh sambil tersenyum manis, lalu berjalan dan duduk di sebelahku.

"Abang, saya pergi dulu ya? Ok ke makan sorang-sorang?" tanyanya.

Aku pura-pura merajuk. "Dah orang tu taknak temankan kita," sambil buat muncung panjang.

Dia ketawa, lalu berkata, Ali-Imran: ayat 14 dan 15. Maaf ya?", katanya sambil buat muka bersalah.

Aku cubit pipinya. "Abang faham, sejak kita taaruf lagi." kataku.

"Abang tak ada usrah atau meeting malam ni?

Aku menggeleng. "Harini nak hafal ayat ibadurrahman.

"Malam nanti saya tasmik, ya?" katanya.

"Kenapa?" tanyaku.

"Kenapa apa? tanyanya hairan.

"Sayang bersungguh-sungguh di jalan ni. Tak penat?

Aku sungguh mengetahui rutinnya di hospital dan keletihannya sepanjang hari.

"Sebab," dia diam.

Aku jadi berdebar menanti jawapannya.

"Sebab, abang menyentuh orang lain dengan tulisan abang, dengan kata-kata abang sebagai murabbi dan muwajjih. Saya jealous. Takut tak setanding dengan abang dekat syurga nanti. Kan Firdaus cita-cita kita? katanya jujur.

"Allahu, tiba-tiba hatiku sebak. Ada perasaan indah menyelinap masuk ke dalam hati paling dalam.
Bahagia. Bukan kerana pujiannya. Kerana Allah memberi aku dia, yang mengingatkan aku pada Allah.

"Pergi dulu ya? katanya sambil mencium tanganku.

Sebelum dia menutup pintu, aku katakan. "Sayang, janji untuk bercinta hingga ke syurga, ya?"

Dia tersenyum dan memberi salam.